TESTIMONI TM1 LAGI..



“Bayangkan setahun lalu, saya dimaklumkan hanya boleh hidup lagi setahun tapi alhamdulilah kini saya hidup dan sihat”


Rosdi bin Muhamad

Kg padang Balang, Gombak, Kuala Lumpur.

Masalah: Kanser paru paru peringkat ke 3 (disahkan pada bulan puasa 2005) Paru paru berair (disahkan pada minggu pertama Hari Raya 2005)


Kerja saya sebagai pemandu van untuk penghantaran barang yang menuntut saya berulang alik dari KL-Ipoh, KL-Kuantan, Mentakab dan KL-Seremban. Saya seorang perokok dan setiap hari saya terdedah kepada asap kenderaan dan habuk ketika memunggah barang dari van.

Pada bulan puasa 2005, ketika memunggah barang yang menyebabkan habuk berterbangan, nafas saya sesak sehingga batuk batuk dan ketika ke Temerloh, demam pula. Setiba di Kuala Lumpur, demam saya menjadi semakin teruk sehingga menggigil dan tiada kudrat untuk mengikat kain pelekat atau mengangkat tangan.


Bila ke klinik, doktor beri ubat gastrik tapi lepas seminggu masih belum baik dan semasa itu saya mesti terus bekerja kerana tidak dapat cuti.

Di hari terakhir puasa (malam raya), kerana keadaan saya yang begitu teruk, anak saudara saya bawa saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan X-ray dan darah, doktor tahan saya masuk wad. Tapi saya merayu sebab esoknya nak sambut raya dengan famili. Tapi bila keadaan saya kronik, esoknya saya ke hospital.

Doktor mengesahkan saya mengidapi KANSER PARU PARU peringkat ke3 dan perlu rawatan Chemotherapy.



Selepas 2 minggu, saya dibawa ke IPR (Institut Respiratori), mereka mengesahkan saya juga mengidapi PARU PARU BERAIR dan sebanyak 550 liter lendir berwarna kuning kecoklatan dikeluarkan dan ia dilakukan sebanyak 5 kali, bermakna sejumlah 2,750 liter lendir dikeluarkan!

Untuk rawatan Chemotherapy, saya berulang setiap 2 minggu sekali ke GH, tapi Allah saja yang tahu ketakutan saya untuk rawatan Chemotherapy kerana kesakitannya begitu menakutkan.


Pada bulan Mei 2006,(ketika masih dalam rawatan Chemotherapy) isteri saya beri saya minum air campur TM-1 tanpa maklumkan saya dan yang menghairankan, sakit di dada terus hilang menjadikan isteri saya terus yakin. Kemudian saya amalkan TM-4 dan selepas 2 hari, batuk saya berhenti. Minggu lepas saya telah ke hospital untuk buat CT scan dan doktor telah memaklumkan saya telah sihat.


Cuma isteri saya masih risau saya tidak boleh tinggalkan rokok dan jawapan saya “kan ada TM”.

Saya amat yakin dengan produk TM. Alhamdulilah, selepas minun TM-1 selama 5 bulan dan TM-4 selama 3 bulan, saya sembuh.


Bayangkan tahun lepas pada bulan puasa saya dimaklumkan hanya mampu hidup lagi setahun tapi alhamdulilah kini saya sendiri rasa lebih sihat. Bagi anda yang menghadapi pelbagai masaalah kesihatan saya syorkan anda mencuba produk Titisan Mineral ini.



Pn Suramah Bt Wahir
Kampong Bukit Changgang
Banting, Selangor

Saya seorang surirumah dan ibu kepada 5 orang anak. Selepas melahirkan anak ketiga, saya selalu sakit perut. Lepas setahun saya rasa ada benjol dalam usus sebelah kiri, yang semakin hari semakin besar, sebesar buah epal. Ia teramat sakit sehingga saya sukar buang air besar. Saya ingat ia cuma angin dalam perut saja.

Pada 31 Julai 2006, suami saya bawa saya ke klinik Komuniti Bukit Changgong. Doktor mengesahkan saya mengidap Tumor Kolon, terdapat benjolan-benjolan merah di usus kiri yang sudah di tahap kritikal.

Doktor keluarkan surat untuk rujukan 'SEGERA' oleh doktor pakar HTAR Klang. Ketika itu jugak, saya teringat kakak saya juga mengidapi Tumor Kolon dan ususnya sudah dipotong pada tahun 2002 tapi belum sembuh lagi sampai sekarang.

Saya begitu tertekan dan amat sedih, terutamanya mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil. Saya berjumpa rakan karib Pn. Asmah Bt Hashim. Beliau terus suruh saya minum TM-1, 40 titis setiap hari dan saya terus minum hari hari.

2 Ogos 2006, temujanji saya dengan Doktor Pakar HTAR, saya begitu takut dengan apakah nasib saya selepas ini. Doktor pakar buat pemeriksaan berkali-kali untuk kepastian dan seperti tidak percaya surat laporan doktor yang saya bawa. Dengan kuasa Allah yang Maha Berkuasa, suatu keajaiban telah berlaku dan saya amat bersyukur kepada Allah.

Doktor merasa hairan, dalam usus saya tiada lagi benjolan-benjolan berwarna merah dan perut saya tidak keras lagi seperti dilaporkan oleh Doktor Klinik Komuniti. Semasa Doktor Pakar dalam kehairanan, saya pun keluarkan TM-1 dan bertanya adalah kerana TM-1 segala masalah saya hilang? Doktor terus sarankan agar saya dan keluarga terus mengamalkan pengambilan TM-1 dan kongsikan keajaiban TM-1 dengan rakan-rakan lain.

Saya seru semua orang supaya amalkan TM-1 kerana 'mencegah lebih baik dari merawat' dan jangan tunggu sakit baru nak berubat.




Hassan Mohd Noor

Alamat : Rawang, Selangor.

Masalah : Sakit Sendi dan Kebas

Produk TM-1 telah membantu menyelesaikan masalah penyakit saya iaitu sering mengalami sakit sendi di lutut dan siku , kebas di bahagian tangan dan sakit di bahagian pinggang. Biasanya saya akan merasa sakit di bahagian lutut jika menaiki tangga di pejabat atau di rumah. Saya juga sering mengalami sakit di bahagian pinggang jika duduk agak lama dan sukar untuk terus berdiri.


Disamping itu, saya sering mengalami kebas-kebas di bahagian tangan. Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah menemukan saya dengan produk ajaib ini. Selepas saya mengamalkan penggunaan produk TM-1 ini selama seminggu sahaja, saya telah merasa kesakitan tersebut beransur pulih. Saya menggunakan produk TM-1 ini dengan meminum 10 titis di waktu pagi, 10 titis di waktu petang dan 10 titis pada waktu malam.


Kini saya merasa badan saya lebih ringan dan pergerakan saya lebih lancar. Saya akan terus mengamalkan meminum produk TM-1 ini kerana ia telah member kesan kebaikkan kepada tubuh saya. Saya juga telah mengamalkan minuman air di campur dengan TM 1 ini, dan perkara yang mengejutkan saya, bahawa saya sebenarnya juga ada mengidap batu karang yang mana amalan mengambil TM ini telah menghancurkan batu karang tersebut.



Masalah : Penyakit Injap Jantung
Saya Puan Suraya binti Mat Rawi ingin berkongsi pengalaman menggunakan produk Trace Mineral. Saya mempunyai anak yang berpenyakit injap jantung sempit sejak berumur 6 bulan. Sejak itu, anak saya dirujuk ke bahagian pakar kanak-kanak di Hospital Kuantan.Doktor mengesahkan anak saya Nurul Fatin Qisya mengidap penyakit injap jantung sempit dan sensitif dengan ubat setiap kali dia demam. Saya terus rujuk ke pakar untuk mendapat rawatan selanjutnya. Apabila sudah masuk usia 3 tahun, doktor masih mengesahkan tiada perubahan kepada anak saya dan memaklumkan jika injap masih lagi sempit, doktor akan merujuk ke IJN (Institut Jantung Negara) untuk pembedahan masukkan tiub dalam jantung dengan perbelanjaan RM11000 tidak termasuk ubat dan rawatan susulan.

Tetapi setelah diperkenalkan dengan Trace Mineral dan mengamalkannya selama 6 bulan, sebanyak 3 botol, saya telah merujuk ke pakar untuk pemeriksaan lanjut dan pakar mengesahkan injap anak saya kini normal. Sekarang anak saya sihat dan terus mengamalkan Trace Mineral.


Elizabeth Anjun

Alamat : Sabah

Masalah : Barah Otak

Produk :TM-1



Saya Elizabeth ibu kepada Elisha Thoruud, anak saya yang mengidap barah otak selama empat tahun. Selepas pembedahan selama 15 jam anak saya koma selama 2 bulan. Anak saya buta dan lumpuh. Doktor kata untuk anak saya hidup tidak ada harapan kerana perubatan untuknya sudah tidak ada.

Selepas mengambil TM1 selama beberapa minggu, anak saya tumbuh gigi dan tumbuh rambut. Kerana perbezaan kesihatan anak saya yang ketara, ramai orang lebih yakin dengan khasiat TM-1 sehingga dalam sehari saya telah menerima pesanan sebanyak 70 botol TM-1! Amalkanlah TM-1 setiap hari!



Nama : Khodiah Bt Abdullah
Masalah : Strok & Kencing Manis
Produk : TME-12, TME-46, PC6A & Kopi Tongkat Ali

Suami saya mengalami strok dan kencing manis (bacaan 21), sentiasa letih dan penat. Upline saya Encik Rosli telah mengesyorkan saya ambil produk Revell TME-12 (10 titis pagi, 10 titis petang dan 10 titis malam. jumlah sehari 30 titis ). TME-46 saya ambil 2 biji x 3 kali (6 biji sehari). PC6A dan TME-12 dicampurkan dalam piring dan urut waktu malam dan KopiMin Tongkat Ali (3 peket sehari).

Untuk mendapat harga lebih baik saya menjadi ahli Revell, RM60 sahaja seumur hidup. Selepas minum 3 botol dalam masa 3 bulan, kencing manis suami saya daripada bacaan 21 turun menjadi 8 sahaja. Alhamdulillah sekarang suami saya dah sihat dan tidak lagi letih-letih seperti sebelum ini. sekarang klu saya jumpa kawan-kawan saya syorkan produk -produk Revell yg jimatkan masa, tenaga dan wang.



Abd Shukur bin Jaafar
Putrajaya

Masalah: Batu Karang

Adik ipar: Masalah strok hingga mata juling

Buah pinggang saya rasa sakit dan bila kencing pun, rasa sakit. Selepas jumpa doktor, dia mengesahkan saya ada batu karang dalam buah pinggang. Doktor sarankan pembedahan tapi saya takut. Saya terus minum 15 titis TM-1 waktu pagi, 15 titis waktu petang dan 15 titis lagi waktu malam bermakna sehari sebanyak 45 titis!Selepas itu, batu karang keluar sebesar biji jagung! Semasa batu karang itu keluar memang tidak tertahan sakitnya.
Ia keluar masih lembik tapi mengeras bila terdedah ke udara.TM-1 LUARBIASA HEBAT!

Di bawah adalah testimoni daripada adik ipar saya:

Adik ipar saya pernah ditahan di hospital Batu Pahat kerana strok. Mujurlah beliau hanya terkena 25% daripada badan (mata jadi juling). Setelah keluar daripada hospital, saya telah memperkenalkan TM-1 untuk beliau cuba. Mula-mula saya menyuruh beliau minum 15 titis pada malam saya sampai di kampung dan saya juga telah titiskan di mata beliau. Memang pedih di mata, tetapi pada keesokkan harinyam bila bangun daripada tidur pandangan matanya yang sebelum ini mempunyai imej yang banyak, tapi pagi itu pandangannya kembali normal. Sehingga sekarang beliau terus menggunakannya.


Masalah: Angin Ahmar [Lumpuh Separuh Badan]
Bariah binti Yeob Ganti (74 Tahun)

Trace Mineral Bantu Penyakit Angin Ahmar
Produk: TM1 (RM36), PC-6A peach lotion (RM7) & SPE-11 SpaMineral Shampoo (Scalp Care)
(RM 17.30)

Saya sudah 4 tahun menderita diserang angin ahmar, lumpuh separuh badan. Tahun pertama, masih boleh duduk dan mengesot-ngesot. Tahun berikutnya, kesihatan bertambah merosot. Saya tidak boleh duduk sendiri dan terpaksa dibantu. Pergerakan perlu mengguna kerusi roda dan makan pun disuapkan.

Setelah 3 kali minum susu yang dicampur dengan TM1, saya sudah boleh bangun dan duduk sendiri tanpa dibantu. Selepas sebulan menggunakan TM1 dan losyen PC-6A, saya sudah boleh berdiri sendiri. Kini, saya terus menggunakan produk ini supaya lebih gagah melangkah, insyaAllah. Terima kasih kepada Revell kerana produk yang bagus ini dan memberi kami harapan untuk sihat semula.

Cara Guna Produk:

1). TM1: Ttitskan 5 titis dalam minuman / makanan, sehingga jumlah diambil 40 titis sehari.
2). PC-6A: Campurkan losyen PC-6A dengan beberapa titis TM1, dan gosokkan di bahagian tubuh yang lumpuh.
3). SPE-11: Syampu rambut waktu mandi, untuk melegakan sakit kepala.


Nama : Abdul Rahman Bin Ramley
Alamat : Gambang Kuantan, Pahang
Masalah : Darah Tinggi, Kencing Manis.

Pada peringkat awal saya tak yakin dengan produk pemakanan kesihatan. Setelah diberitahu oleh rakan saya yg memperkenalkan produk Revell iaitu TM12 dan Teh SOD saya mengamalkan produk ini dalam masa 2 minggu, saya rasa amat menakjubkan. Hebat produk Revell.


Nama : Haikal Lim Abdullah

Masalah : Selalu Demam
Produk : TM1 & TME-46 (TM Alfa-Kelp Tablets (60 tablets) (RM 47.50))

Sebelum ini saya mengalami masalah resdung dan cepat letih apabila tidak cukup tidur, disebabkan "immune" sistem badan saya lemah, saya selalu demam, batuk dan selsema. Dalam sebulan, dua hingga tiga kali jumpa doktor.

Pada April 2008 saya dikenalkan dgn produk TM1 dan mengamalkan dgn 30 titis TM1 satu hari dan TME-46, 2biji pagi dan 2 biji malam. Alhamdulillah saya merasa "immune" sistem saya menjadi lebih kuat dan jarang berjumpa doktor. Saya sentiasa bertenaga walaupun kurang tidur dan lewat tidur. bangun pagi saya merasa lebih bertenaga dan rasa segar. Saya amat berterima kasih pada Encik Anis dan Puan Saadah kerana mengesyorkan TME-46 pada saya sekeluarga.

Terima kasih pada Revell kerana mengeluarkan produk yg sangat hebat ini. Bukan saja saya dan keluarga sihat tapi saya dapat berkongsi pada rakan-rakan manfaatnya.


Nama : Ismail Bin Yaakob
Masalah : Gout & Darah Tinggi
Produk : TM1, TME-46, KopiMin, PC6A, JCC1 & TME-29

Saya mengalami gout dan darah tinggi selama 5 tahun. dulu walau dirumah, saya tak boleh berjalan. Kalau saya mak ke bilik air, saya terpaksa merangkak. dalam sebulan saya perlukan suntikan 3 kali, terpaksa sediakan wang sebanyak RM150 tak termasuk ubat-ubatan.

Saya dikenalkan dgn produk Revell oleh upline saya Puan Rose Tarib dan Puan Siti Esah, Saya mengamalkan TM1 (30 titis sehari ), TME-29 dan TME-46, 2 biji x 3 kali sehari. PC6A dan TM1 saya campurkan dlm piring dan sapu serta urut di tempat yg sakit, minum jus oren dan kopi Tongkat Ali. Saya amalkan dgn tekun.

Darah tinggi saya drpd 240 telah turun jadi 140 dalam masa 20 hari. Sekarang saya dah boleh berjalan seperti biasa.

Saya bersyukur pada Allah masalah yg saya hadapi 5 tahun dulu telah tiada lagi. Terima kasih Revell kerana telah mengeluarkan produk yg begitu hebat !!!

Produk:
TM1 Trace Mineral Drops RM36
TM Alfa-Kelp Tablets TME-46 (60 tablets) RM 47.50
KopiMin KMC-1 RM 16.00
PC-6A Peach Lotion RM7
JCC Natura C Orange Juice RM9.90
TME-29 Trace Mineral Tablets (90 tablets) RM60



Nama : Fakhriah Mohd Yusof
Alamat : Shah Alam, Selangor.
Masalah : Resdung, & Sakit lutut.

Saya adalah seorang guru yg telah mengajar selama 35 tahun. sudah bertahun saya mengidap penyakit resdung akibat sensitif terhadap kapur tulis dan habuk. Saya telah pun mencuba pelbagai ubat, malangnya semua ubat yg dicadangkan tidak berkesan. atas nasihat Pn Saadah Badrus, saya mencuba ubat yg TME-14 (Drops & TME-46 (Alfa Kelp Tablets) dan bersyukur masalah resdung telah berkurangan .

Paling menggembirakan dgn TME-29 (Trace Mineral Tablet. 2 biji setiap pagi dan malam ) saya tidak lagi diganggu oleh bersin lagi atau hidung tersumbat ( kerana selsema). Saya juga mengambil TME-39 (Arth X) utk lutut yg sudah mula terasa sakitnya. alhamdulillah semuanya memberi hasil yg menggembirakan.

Lenguh lutut saya tidak terasa lagi. Saya perlu mengambilnya berterusan kerana unur saya menjangkau 55 tahun dimana ketika usia saya ini saya memerlukan makanan tambahan yang terbaik. Terima kasih kepada syarikat REVELL Sdn. Bhd. kerana mengeluarkan produk yg begitu hebat ini.


Nama : Mahadzir Bin Mahamud
Masalah : Sembelit dan Kurang Cergas
Produk : TME-12 (Trace Mineral Drops) & TME-46

Sebagai seorang yang terlibat didalam bidang pemasaran perbankan, tugas saya banyak memerlukan saya bergerak ke sana sini untuk bertemu dengan pelanggan -pelanggan bank. Selain pada itu, saya juga terlibat dgn "Koperasi Pekerja Bank" yg byk mengguna tenaga saya untuk berjumpa dgn para anggota koperasi. Pengambilan TME-46 banyak membantu kecergasan tubuh badan setiap hari. Saya mengambil 3 biji selepas sarapan dan 3 biji selepas makan tengahari . TME-12 saya ambil 10 titis pagi, 10 titis petang dan 10 titis malam. Dengan mengamalkan TME-12 dan TME-46 saya tiada masalah sembelit dan melawaskan sistem pembuangan air kecil dan air besar. Sentiasa segar dan tak terasa letih walaupun saya sibuk. Terima kasih pada upline dan Revell kerana produk yg istimewa ini.








En Mohd Zain Bin Moes
Alamat : Ampang, Ulu Klang
Masalah : Kemalangan Teruk
Produk : TM-1, TM-2, TM-3 & TM-4
Saya seorang anggota pasukan keselamatan yang telah terlibat dengan kemalangan ngeri antara Trak Polis (FRU) dengan sebuah bas di lebuhraya KL-Karak pada 28 Februari 1990 menyebabkan kematian 11 orang. Saya mengalami kecederaan yang amat parah di mana tulang rusuk saya kiri dan kanan patah, tulang belakang bengkok, limpa dibuang kerana telah hancur dan paru-paru rosak. Kemalangan ini telah mengubah hidup saya. Dulu saya seorang yang aktif tetapi selepas kemalangan itu, saya tidak boleh melakukan aktiviti lasak, saya tidak boleh berdiri lama, tidak boleh mengangkat benda berat dan tidak boleh duduk lama. Itulah yang saya alami selama 6 tahun sehinggalah saya diperkenalkan dengan barangan Revell pada bulan Mei 1996 yang lalu iaitu Trace Mineral Drops (TM-1). Saya mula mengambil TM-1 sebanyak 30 titis sehari dan bersyukur kerana mendapat kesan yang CEPAT, tulang rusuk kiri dan kanan saya sudah tidak sakit dan perubahannya dirasakan dalam 1 hari sahaja. Saya amalkan satu set produk Trace Mineral sehingga kini. Alhamdulillah kini saya rasa sihat. Saya tidak mengalami sebarang tindak balas apabila mengambil TM-1. Tahniah pada Revell yang telah merubah hidup saya dan keluarga kerana saya juga telah mendapat pendapatan yang membanggakan melalui perkongsian produk Trace Mineral dan perniagaan Revell ini.


Pn Asmah Bt Mohd Aris
Alamat : Flat Kerinci, Kuala Lumpur
Masalah : Bengok
Produk : TM-1
Kini saya berusia 65 tahun, mempunyai tiga orang anak lelaki. Sewaktu saya melahirkan anak saya yang kedua satu benjolan telah tumbuh di leher saya. Saya dapati ketumbuhan itu ialah bengok (thyroid), ketika itu usia saya baru 22 tahun, bererti saya telah mengalami bengok di leher saya selama 43 tahun. Berbagai usaha telah saya jalankan untuk menghilangkan bengok saya. Saya telah berjumpa doktor pakar tetapi doktor berkenaan tidak dapat memberikan jaminan samada bengok itu akan terus sembuh atau kemungkinan akan tumbuh semula. Saya mula putus asa dan hari dmei hari benjolan itu semakin besar. Keadaan bengok saya sering diperkatakan orang tetapi apakan daya, saya tetap tabah menghadapinya. Sehingga pada suatu hari anak bongsu saya yang begitu prihatin dengan kesihatan saya telah memberi saya sebotol TM-1 untuk dicuba atas tujuan memulihkan kencing manis dan darah tinggi yang saya alami. Dua minggu selepas saya minum TM-1 bengok saya semakin besar, kemerah-merahan dan terasa begitu sakit. Beberapa hari kemudian ia pecah dan keluar darah kotor, nanah dan lendir yang banyak. Saya telah dibawa ke hospital dan doktor pakar yang sebelum ini telah merawat saya begitu hairan bagaimana bengok saya boleh pecah. Saya terus minum TM-1 dan selama sebulan nanah dan darh kotor terus keluar dari lubang perpecahan tersebut dan hanya perlu dicuci sahaja. Tetapi kini semua telah berlalu, saya sangat bersyukur kerana TM-1 telah memulihkan keadaan diri saya seperti sediakala dan kini saya rasa lebih bertenaga dan lebih sihatkerana kencing manis dan darah tinggi saya juga telah sembuh. Oleh itu saya harap mereka yang mempunyai masalah cubalah TM-1.


Haiqal Mus Daniel b Musma Edri
Alamat : Kg Titian Berayun, Kijal, KT
Masalah : Meningitis
Produk : TM-1
Sebenarnya anak saya lahir dalam keadaan tidak cukup bulan, yang mana telah menyebabkan berlakunya ketidakstabilan kandungan sehinggalah ia lemas semasa dilahirkan. Keadaan ini secara langsung telah memberi kesan pendarahan pada otak. Dan anak saya mengalami kekejangan otot dan saraf yang amat serius. Berbagai rawatan perubatan telah dicuba daripada yang murah hinggalah yang paling mahal, namun tidak berkesan. Akhirnya saya mencuba TM-1 keluaran syarikat Revell. Setelah diperkenalkan oleh abang saya iaitu Musma Ezleeza juga pengedar Revell. Setelah 2 minggu menggunakan produk ini Alhamdulillah penyakitnya beransur pulih. Syukur kerana menemukan kami dengan produk TM ini, terbukti keberkesanannya.


Mohd Salleh bin Mohd Yusoff
Alamat : Rawang, Selangor
Masalah : Kencing manis
Produk : TM-1
Selama 7 tahun yang lepas saya adalah pesakit kencing manis dan mengalami masalah saraf di kepala. Berbagai ubat telah saya cuba tidak kira kaedah moden ataupun tardisional tetapi semuanya gagal. Saya jadi sangat lesu dan tidak bertenaga, tidak berupaya duduk walupun untuk 5 minit. Setiap minggu saya mesti demam wapaupun saya mengambil ubat kencing manis setiap hari (Dimicron). Kepala saya juga selalu sakit tidak kira waktu. Tapi selepas saya diperkenalkan dengan produk TM-1, saya mengamalkan lebih kurang 8 bulan say sudah merasakan keberkesanannya. Kencing manis saya sudah menurun. Berat badan saya juga dulu yang 'under weight' sudah menjadi normal. Kepala saya tidak sakit lagi. Saya sekarang sudah kembali bertenaga dan mampu bekerja sehingga larut malam. Muka saya dahulu berbintik kerana darah kotor kini pulih dengan TM-1. Semua keluarga saya mengamalkan TM-1. Jadi saya ingin menyarankan gunalah TM-1 kerana ia sangat berkesan untuk penjagaan kesihatan dan mencegah lebih baik daripada mengubati.


Tuan Haji Pulau Sharuddin (65 tahun)
Alamat : Brunei
Masalah : Kencing Manis & Paru-paru Berkuman
Produk : TM-1
Profesor Dr George dari Hospital Brunei telah merawat Tuan Haji Pulau Bin Sharuddin (umur 65 tahun) yang mengidap kencing manis, darah bergula serta paru-paru berkuman dan tidak sedarkan diri selama empat hari dalam wad ICU. Doktor tersebut meramalkan bahawa penyakit ini tidak ada jaminan untuk hidup. Isteri Tuan Haji Pulau iaitu Puan Hajah Siti Nor Bianun pula telah diperkenalkan produk TM-1 oleh Pn Nooryati Abd Rahman. Alhamdulillah! Dengan pengambilan TM-1, Tuan Haji Pulau telah sedarkan diri pada hari kelima dan hari ini beliau sedang menjalani hidup yang lebih segar dan sihat dengan mengamalkan TM-1 setiap hari. Terima kasih Revell kerana menawarkan produk yang begitu istimewa dan menakjubkan.


Zaharah Bt Mohd Yusof
Alamat : Kota Damansara
Masalah : Kencing Manis
Produk : TM-1, TM-2 & TM-4
Produk TM ini telah membantu masalah kencing manis, kencing kotor dan juga kepada anak saya yang mengalami demam kuning serta masalah kurang tenaga semasa melahirkannya. Semasa mengandung, pada peringkat 1-6 bulan, saya makan TM-1 dan TM-2. Pada peringkat 8-9 bulan saya makan TM-4. Bagi ibu-ibu yang mengandung amalkanlah pengambilan TM-1, TM-2 dan TM-4 untuk mengelakkan masalah kesihatan seperti saya hidapi dulu. Kini saya masih berasa lebih bertenaga dan anak saya pun lebih sihat.


Hj Muhamad B Haji Mohsin
Alamat : Batu Pahat, Johor
Masalah : Kencing Manis
Produk : TM-1
Setelah doktor mengesahkan saya menghidapi kencing manis dan bisa tulang sendi selama 5 tahun yang lalu dan selama[img][/img] itu saya kerap dimasukkan ke hospital untk rawatan moden dan juga sudah puas saya mengamalkan ubat ubatan tradisional namun penyakit yang saya hidapi masih belum mencapai aoa yang diharapkan. Pada suatu hari seorang pengedar Revell telah memberi keterangan jelas kepada saya berkenaan dengan keistimewaan TM-1. Saya telah membeli sebotol TM-1 dan mengamalkannya, alhamdulillah tindakbalasnya amat baik, saya rasakan anggota badan saya ringan seperti tiada masalah lagi. Sekarang saya dapat berjalan seperti biasa. Walaupun saya rasa penyakit yang saya hadapi beransur sembuh namun saya tetap mengamalkan TM-1 di rumah untuk kegunaan seisi keluarga saya.


Zamah Awang Mat (40 tahun)
Alamat : Ulu Klang, Selangor
Masalah : Kencing Manis & Darah Tinggi
Produk : TM-1, TM-3 & TM-4
Masalah yang saya hadapi sebelum ini adalah darah tinggi, kencing manis dan lengoh sendi tulang. Tindakbalas selepas memakan TM-3 yang saya rasai adalah sakit kepala, cirit-birit dan badan terasa seperti di cucuk jarum. Saya terus amalkan pengambilan TM-4 ini, selepas mengamalkan selama 14 hari saya berasa kesihatan saya beransur pulih. Dan boleh bergerak bebas dan membuat kerja harian lebih dari masa sebelumnya. Alhamdulillah dengan TM-1 saya dapati tenaga harian saya bertambah dan kembali pulih membuat kerja berat.


Marzuki Bin Ismail
Alamat : Bukit Marak, Kota Bharu
Masalah : Barah, jantung & darah tinggi
Produk : TM-1 & TM-2
Saya mengidap penyakit kanser, jantung dan darah tinggi. Semenjak tahun 1999 saya terpaksa berulang alik dari Kota Bharu ke KL. Setelah mengamalkan pengambilan produk TM-1 ini pada September 2001, kesihatan saya telah beransur pulih. Saya campur 15 titis pada waktu pagi dan 15 titis pada waktu malam. Pada November 2001 iaitu selepas 2 bulan lebih amalkan TM, saya pergi ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan dan doktor mendapati bahawa penyakit saya telah dipulihkan dan tidak perlu ke IJN untuk pemeriksaan lagi.Alhamdulillah. Kepada sesiapa yang mengalami penyakit seperti saya ini, saya mengesyorkan mereka mengambil produk ini demi kesihatan yang lebih terjamin.


Pn Raminah Bt Halil (65 tahun)
Alamat : Rantau Panjang, Klang
Masalah : Darah Tinggi, Migrain, Kencing Manis
Produk : TM-1, TM-3 dan TM-4
Darah tinggi, migrain, kencing manis dan sakit sendi yang telah dihidapi lebih 10 tahun. Kaki tidak boleh dibengkokkan, masalah ketika hendak sembahyang. Makan mesti berpantang. Bila makan sedikit durian atau minum kopi menyebabkan badan lesu. Setiap hari, perlu makan bermacam jenis ubat segenggam banyaknya. Setelah saya amalkan TM-1 dan TM-3 sebanyak 2 botol selama 4 bulan, sendi telah pulih dan begitu juga masalah migrain, kencing manis dan darah tinggi. Kini saya bebas dari semua masalah itu. Saya mula makan TM-4 untuk tenaga dan memang badan terasa ringan dan sihat. Tiada lagi berpantang makan.


Abdul Ghani Malik
Alamat ; Ampang, Selangor
Masalah : Kecederaan tulang
Produk : TM-1,2,3, & 4
Saya pernah mengalami kecederaan ligamen, tendon dan otot semasa perlawanan Liga Piala Malaysia 1999 yang memerlukan pembedahan. Selepas pembedahan, saya diperkenalkan produk TM dan mendapati dalam sebulan lebih sahaja saya dapat beraksi semula seperti dulu di padang. Tetapi yang paling menyeronokkan kalau dulunya saya merasa cepat letih tetapi selepas mencuba produk TM-1 (30 titis sehari), TM-2, TM-3 & TM-4 (setiap satu, 3 biji sehari), saya tidak rasa sakit lagi, tidak cepat letih dan lebih berstamina. Saya ingin mencadangkan produk ini kepada ahli sukan kerana didapati perubahan ketara dibandingkan dengan supplemen lain yang pernah saya amalkan. (Beliau yang baru pulang dari Bangkok untuk Perlawanan Piala Tiger, mewakili Malaysia pada bulan Oktober 2000, merasa puashati dengan prestasi beliau).


Rozali Bin Hussin
Alamat : Felda Bukit Sagu, Kuantan
Masalah : Jantung & Angin Ahmar
Produk :TM-1 & TM-5
Saya telah mengidap penyakit jantung melebihi satu tahun. Suatu hari saya diserang penyakit angin ahmar (mati sebelah kanan badan). Akibatnya saya tidak dapat bercakap, makan, minum dan bangun duduk. Kemudian saya dicadangkan oleh jiran saya supaya mengamalkan produk TM-1. Dengan meminum 10 titis TM-1 selama tiga hari, saya berasa bertenaga sedikit. Saya juga menggunakan Hair Tonic (AT-5) untuk mebhilangkan kesakitan pada kepala seperti rambut ditarik-tarik. 5 hari kemudian, saya lebih bertenaga dan dapat bangun duduk. Saya akan terus mengamalkan produk Revell, iaitu TM-1. Saya berterima masih kepada Revell.


Kassim Hj Shukor (70 tahun)
Alamat : Muar, Johor
Masalah : Tekanan darah rendah
Produk : TM-1
Masalah yang saya alami sebelum ini adalah tekanan darah rendah dan menggigil. Masalah ini saya alami sejak 2 tahun lalu. Tindakbalas selepas memakan mineral badan saya sakit sakit. Tetapi atas nasihat orang yang memperkenalkan saya TM-1, saya terus mengambil TM-1 sebagaimana disyorkan. Selepas mengamalkan selama 10 hari saya berasa badan saya bertambah sihat dan tidak lagi menggigil dan boleh berjalan speri biasa. Kini saya amalkan minum TM-1 dan saya akan terus amalkannya. Rubuan terima kasih yang tidak terhingga dari saya buat syarikat Revell dan pengedar Revell.


Dahlan Bin Abd Rahim
Alamat : Kuantan, Pahang
Masalah : Angin Ahmar (Stroke)
Produk : TM-1, 2,3,4 dan Teh SOD
Pada tahun 1997 saya tiba-tiba pengsan akibat diserang angin ahmar (stroke). Malangnya, sebelah badan saya telah lumpuh. Saya telah minum TM-1 dan isteri saya juga telah menyapukannya pada sebelah badan saya yang lumpuh. Dalam masa seminggu saya mengamalkan TM-1 dengan PC-6 telah mendapati bahawa tangan kaki saya dapat bergerak sedikit demi sedikit. Saya terus mengamalkannya dan alhamdulillah saya boleh bangun dan berjalan. Kini, badan saya telah bertambah kuat dan sihat serta dapat menjalankan aktiviti harian. Saya juga mengamalkan produk TM-2, TM-3 dan TM-4 serta sentiasa meminum teh SOD. Saya sarankan kepada sesiapa yang mengalami masalah seperti saya supaya mengamalkan produk Revell iaitu TM 1,2,3,4, Lotion (PC-6) dan Teh SOD.


Shamsudin Bin Md Desa
Alamat : Cheras, Kuala Lumpur
Masalah : Asma, Lelah
Produk : TM-1 & TM-4
TM membantu masalah lelah/asma dan masalah resdung yang serius. Saya seorang pengidap lelah/asma sejak kecil. Apabila lelah/asma menyerang saya terpaksa mengambil ubat tedral yang dibeli di farmasi. Saya kerap bersin dan hidung berair di waktu pagi. Alhamdulillah sejak mengamalkan TM-1 dan TM-4, penyakit saya telah pulih. Bagaimana say menggunakannya:Say mengambil TM-1, 5 titis 3 kali sehari selama seminggu, kemudian 15 titis, 2 kali sehari selama 2 bulan. Bulan ketiga saya mengambil TM-4. Sekarang saya menjadikan TM-1 sebagai tambahan dalam minuman saya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kepada sesiapa yang mengalami masalah di atas untuk amalkan TM-1 dan TM-1.


Pn Siti Mariam Bt Mohamad Noor
Masalah : Asma, Gastrik, Sakit Usus dan Buasir
Produk : TM-1
Saya mengalami masalah asma sewaktu berusia 3 tahun ketika saya berusia 15 tahun saya disahkan mengidap gastrik dan masalah usus. Saya menerima rawatan di Poliklinik UKM, KL. Semasa mengandungkan anak pertama, saya mengalami kekurangan darah dan selepas bersalin anak pertama saya disahkan menghidapi buasir. Saya telah menjalani pembedahan untuk membuang buasir di HKL. Selepas melahirkan anak kedua, buasir kembali semula semakin serius (saya hanya boleh membuang air besar 3 kali sebulan). Saya diperkenalkan TM-1 oleh kakak saya. Setelah minum selama 2 minggu, saya mengalami perubahan yang ketara. Saya boleh membuang air besar hari-hari.Masalah saya telah berkurangan. Gastrik saya tidak menyerang lagi. Badan saya terasa lebih bertenaga dna ringan. Terima kasih saya ucapkan pada pihak Revell.


Pn Enshah Bt Mat Nordin
Alamat : Taman Medan, Petaling Jaya
Masalah : Asma/Lelah
Produk : TM-1
Saya telah gunakan barangan Revell hampir 3 tahun dan barang wajib rumah ialah TM-1 kerana saya menghidapi masalah lelah (asma). Sebelum ini saya terpaksa guna rawatan mesin pernafasan di klinik swasta yang setiap kali penggunaannya memerlukan kos perbelanjaan hampir RM50. Tetapi kini ianya tidak perlu lagi. Setelah ibu saya galakkan saya minum TM-1 saya rasa bertambah pulih, dan kini sudah 2 tahun saya tidak ke klinik untuk sebarang rawatan. Malah saya sudah kembali aktif bersukan. Sesungguhnya ia suatu pengalaman benar dan bagi merekan yang belum menyertai Revell saya syorkan agar gunakannya sendiri untuk dapatkan hasil keberkesanannya seperti yang dirasai oleh pengguna-pengguna Revell yang lain. Syabas kepada Revell & terima kasih.


Pn Khatijah Bte Besah (57 tahun)
Alamat : Batu Pahat, Johor
Masalah : Buah pinggang
Produk : TM-1 & TM-2
Pada 24/2/97 saya dimasukkan ke wad rawatan hospital Batu Pahat selama 1 minggu kerana sakit buah pingang. Keadaan bertambah tenat pada 30/4/97 dan pegawai perubatan memanggil ahli waris supaya bawa saya keluar wad, kerana arahan doktor supaya berikhtiar di kampung. Selaps anak saya menyaksikan demo TM-1, saya telah minum TM-1 dan sapu ditempat bengkak. Selepas 1 minggu, saya berasa bengkak mula kempis dan bisa bisa hilang. Dan saya boleh berjalan dan mengemas rumah. Saya yakin dengn TM-1 dan tiap-tiap hari saya mengambil TM-1 sebagai makanan harian. Terima kasih Revell.


Haji Baharudin Bin Mohd Din
Alamat : Bandar Baru Sg Buluh
Masalah : Buah Pinggang
Produk : TM-1,2,3,4 & Apple
Saya telah mengalami penyakit buah pinggang selama 2 tahun dan menjalani rawatan Hemodialysis selama 3 kali seminggu. Saya menyertai Revell sebagai stokis dan menggunakan TM-1, TM-2, TM-3 & TM-4 bagi membina kekuatan tenaga yang berkurangan. Apabila Revell mengeluarkan produk "Apple" (Air Tapisan), saya telah menggunakannya kerana saya dapati air APPLE adalah satu-satunya air tapisan yang bebas daripada kandungan toksin dan bakteria serta mengandungi banyak mineral yang diperlukan bagi membina tenaga untuk saya dan keluarga. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana kesihatan saya telah bertambah baik dan insyaallah diber kekuatan berpuasa penuh sebulan. Kesihatan keluarga adalah aset bagi keluarga bahagia.


Noramidah Bt Mohamed (6 tahun)
Alamat : Padang Temu, Melaka
Masalah : Sakit Buah Pinggang
Produk : TM-1 & TM-3
Sebelum ini saya menghadapi sakit buah pinggang. Ini telah disahkan oleh pihak doktor di hospital Besar Melaka. Ketika itu umur saya baru 2 tahun (1993) dan saya kerap kali dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak di hospital Besar Melaka. Pada tahun 1997 rakan ayah saya telah memperkenalkan sejenis air mineral (TM-1). Selepas menggunakan TM-1 penyakit buah pinggang saya beransur pulih, sehingga kini (1999). Sekarang saya mencuba TM-3 untuk sihat dan lebih baik daripada kanak-kanak yang lain. Saya serta ibu bapa saya juga menggunakan TM-1 sebagai minuman harian di rumah. Terima kasih kepada syarikat Revell.


Patrick Kiwi
Alamat : Keningau, Sabah
Masalah : Gaut
Produk : TM-1 & TM-3
Ia telah membantu masalah gaut yang saya alami selama beberapa tahun . 2 bulan yang pertama selepas minum TM-1 dan TM-3 kaki saya bengkak menyukarkan saya untuk berjalan. Selepas beterusan mengamalkan TM-1 dengan 30 titisan dan TM-3 sebanyak 3 biji sehari, selama 3 bulan kini saya rasa gembira kerana masalah gout saya telah pulih. Terima kasih dengan TM dengan adanya saya kini say tidak lagi rasa sukar untuk mendapatkan ubat dari mana farmasi atau ke kedai ubat.


Safari Bin Sabeerin
Alamat : Teluk Intan, Perak
Masalah : Gaut & Berat Badan
Produk : TM-1 & TM-3
Ia membantu saya dalam masalah gaut dan berat badan. AMalkan TM-1, 3 kali (5 titis) sehari dan TM-3 2 biji sehari (pagi dan malam). Saya sarankan bahawa pengidap pengidap penyakit gaut yakin dan berani mencuba produk ini, kerana saya telah pulih dan bengkak bengkak kaki dan tidak sensitif kepada makanan laut selepas pengambilan produk TM ini. Tambahan pula, berat badan saya juga diturunkan 3kg dalam masa sebulan.


En Adenan Hj Kasim
Alamat : Kuchai Centre Park, KL
Masalah : Gaut
Produk : TM-1
Saya mengalami masalah gout sejak bertahun sehingga menganggu tidur saya dan menyebabkan badan menjadi panas, fikiran runsing tidak tentu arah. Saya berpantang makan seperti daging dan makanan laut (seafood). Ia menyebabkan ibu jari kaki kanan saya merah bengkak sehingga memerlukan togkat untuk berjalan seperti kecacatan kaki. Selepas mengamalkan 30 titis TM-1 setiap hari, saya dapat tidur lena. Sememangnya tindakan mineral TM-1 begitu hebat. Kini saya tidak ragu-ragu lagi untuk menikmati makanan kegemaran saya dan yang paling menggembirakan ialah bebas dari gout dan igauan tengah malam. Amalkan mineral dengan cara yang disarankan. Mungkin ianya dapat membantu anda juga.


Nazimah Abd Manan
Alamat : Keramat Wangsa,
Masalah : Resdung, Sembelit & Buasir
Produk : TM-1, TM-2 & TM-4
Ia membantu masalah resdung, buasir susah nak kentut (buang angin). Juga membantu dalam masalah pengawalan dan penurunan berat badan saya. Pada pagi hari, saya minum TM-1 sebanyak 15 titis dan makan 2 hingga 4 biji TM-2 dan TM-4 pada waktu tengahari dan malam. Saya juga tidak lagi bersin dengan keterlaluan. Selain ini, saya boleh makan apa juga jenis makanan laut dan tidak perlu berpantang lagi. Saya sarankan sesiapa yang mengalami masalah seperti saya segeralah makan makanan asas yang disyorkan baik untuk kita tanpa mengira peringkat umur. Saya bertambah yakin dengan adanya produk kesihatan ini.


Kamal Bin Ali
Alamat : Kota Tinggi, Johor
Masalah : Resdung
Produk : TM-1 & TM-4
Masalah resdung yang serius dan sentiasa mengalami selsema yang berpanjangan. Ia bertambah serius jika saya memakan makanan laut (sea food). Saya akan mengalami gatal yang amat sangat di muka lebih lagi di bahagian hidung dan mata. Saya juga mengalami masalah jerawat yang serius. Tindakbalas selepas memakan TM-1 selama 3 minggu, saya rasakan resdung saya semakin serius. Saya tetap juga mengambil TM-1 sehingga 30 titis sehari. Saya tambah pula dengan mengambil TM-4 sebanyak 3 tablet sehari walaupun dirasakan muka saya semakin gatal terutama hidung dan mata. Selepas mengamalkan selama 6 minggu saya berasa keadaan saya bertambah selesa, resdung yang saya alami beransur pulih. Wajah saya tiada masalah jerawat lagi.


Omar bin Udung
Alamat : Kg Lembah Selayang
Masalah : Resdung
Produk : TM-1, TM-2, TM-3, TM-4 & SOD Tea
Produk TM dan SOD tea telah membantu saya dalam masalah resdung (1 tahun), gatal celah-celah kaki, sakit badan dan masalah kulit muka. Dengan mengamalkan pengambilan TM-1 & TM-4 masalah resdung saya telah hilang. Sementara itu, produk-produk TM-1, TM-2 dan TM-3 menyelesaikan masalah gatal pada celah-celah kaki saya. Selain itu, sakit badan tidak wujud lagi. Kulit saya, terutamanay pada bahagian muka, menjadi lebih halus dan cerah. Produk Revell telah banyak membantu saya.


Zainab Bt Bostam
Alamat : Kg Melayu, Majidi, Johor
Masalah: Pening kepala & ruam
Produk :TM1 & TM-2
Masalah yang saya alami sebelum ini adalah kesakitan di bahagian peranakan, ruam di kulit kepala dan berkelemumur serta sering mengalami pening kepala. Setelah mengamalkan TM-1 & TM-2, masalah di kulit kepala telah hilang serta tiada pening kepala lagi. Kini tiada lagi sakit di bahagian peranakan. Tindakbalas selepas memakan mineral pada mulanya ialah rasa haus dan demam panas dalam masa 1 minggu. Selepas mengamalkan selama 2 minggu saya berasa kesakitan yang ditanggung selama ini telah berkurangan. Terima kasih Revell.


Norzila Bt Ali
Alamat : Gombak, Kuala Lumpur
Masalah : Sakit gastrik & Kebas
Produk : TM-1
Saya mengalami masalah kesakitan pada kaki yang selalu kebas, gastrik dan susah membuang air besar. Dengan miminum TM-1 sebanyak 30 titis sehari, saya rasa diri saya bertambah selera makan, cergas dan hidup dengan lebih yakin. Saya sarankan agar tuan puan sentiasa memakan TM-1 sebagai makanan asas harian anda untuk kehidupan sekeluarga yang lebih bahagia.


Abu Mansor Bin Kandah
Alamat : Hulu Langat, Selangor
Masalah : Paru-paru berair
Produk : TM-1 & TM-4
Saya telah mengalami masalah paru-paru berair selama 21 tahun. Oleh itu saya mengamalkan pengambilan TM-1 & TM-4, iaitu dengan minum TM-1 30-40 titis sehari dan makan TM-2 2 biji setiap pagi dan malam. Saya ingin menyarankan kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah paru-paru berair supaya jangan berasa ragu ragu untuk mengambil TM-1 & TM-4. Produk ini direka demi kesihatan anda dan InsyaAllah berkesan.


Ramli bin Zainal
Alamat : Subang Jaya, Selangor
Masalah : Berat Badan
Produk : TM-1, TM-2, TM-3 & 4
Produk TM-1,2,3 dan 4 ini telah membantu masalah berat badan saya. Pda mulanya berat badan saya ialah 120kg, tetapi selepas saya mengamalkan TM-1,2,3 dan 4 berat badan saya telah menurun sebanyak 16kg dalam tempoh masa 3 bulan sahaja. Produk TM juga lebih menceriakan hidup saya. Pada waktu pagi, saya mengambil 15 titis TM-1 dengan air jus, maankala TM-2,3, & 4 setiap satu sebiji pada waktu tengah hari. Saya cadangkan bahawa sesiapa yang mengidap penyakit kencing manis,menghadapi masalah berat badan dan juga badan sentiasa berasa letih lesu, cubalah produk TM untuk menikmati keberkesannya . InsyaAllah.


Abdul Jamil Bin Umar
Alamat : Kuantan, Pahang
Masalah : Penyakit Misteri
Produk : TM-1 & AT-5
Saya telah mengalami penyakit misteri selama 3 tahun. Selama itu, setiap daerah telah saya pergi untuk mencari apa penyakit saya dan waktu yang sama cuba mengubatinya, tidak mengira rawatan moden ataupun tradisional. Penyakit itu datang secara tiba-tiba dan tidak tahu puncanya. Setiap hari saya akan tidak sedarkan diri kadang-kadang sampai 5 kali satu malam. Nasib saya memang baik, saya telah berjumpa dengan emak angkat saya yang telah memperkenalkan prosuk Revell iaitu TM-1 dan Hair Tonic (AT-5). Setelah saya mencuba produk TM-1 saya mendapati ada perubahan pada penyakit saya ia semakin kurang dan semakin bertambah baik. Alhamdulillah saya sihat dengan izin ALLAH.


En Yaakob Bin Mat
Alamat : Kuantan, Pahang
Masalah : Tabiat kuat merokok
Produk : TM-1 & Royal Vita-C
Saya memang kuat menghisap rokok sehingga sehari boleh mencecah 3 kotak. Setelah saya mengamalkan produk Revell sejak Ogos tahun 2000. Saya mulakan dengan meminum TM-1 sebanyak 30 titis dan 4 biji Royal Vita-C setiap hari selama 3 minggu, saya mengalami perubahan saya dapat mengurangkan tabiat menghisap rokok. Dalam beberapa bulan selepas menggunakan tabiat merokok say mula kuramgkan, dan hari ke hari saya dapat sekat tabiat saya. Sehingga kini, lebih kurang 2 tahun kemudian, saya tidak lagi merokok dan kesihatan saya telah bertambah baik. Saya banyak meminum air dengan dicampurkan TM-1 ini sebagai satu amalan yang sihat. Saya akan membawanya kemana sahaja saya pergi. Produk ini mudah dibawa kemana sahaja, harganya pun alhamdulillah semua orang mampu memiliknya. Kini saya bebas dari ketagihan merokok dan saya dapat merasakan badan sentiasa sihat dan cergas aktif.


Hjh Aishah bt Mohd Yusof (79 tahun)
Alamat : Kuaters Hospital Seremban
Masalah : Sakit Sendi
Paroduk : TM-1, TM-2, TM-3, TM-4
Saya telah mengalami masalah saluran darah pecah dalam otak (blood vessels burst in brain) sehingga koma sehingga 21 hari dan mengamalkan TM-1 & TM-4 melalui tiub. Bila pulih dari koma dan mula dapat makan, saya makan TM-2 dan TM-3 dan merasakan badan semakin kuat. Saya amalkan TM-1 sebanyak 30 hingga 34 titis sehari, TM-2 (2 biji pagi dan 2 biji malam), TM-3 (2 biji pagi dan 2 biji malam) dan TM-4 (2 biji pagi dan 2 biji tengahari). Bukan itu sahaja, sakit tulang, sakit lutut dan sendi telah pun hilang. TM-3 memang bagus untuk sendi dan tulang kita. Masalah rahim terkeluar/jatuh yang perlu dibedah juga telah diatasi kerana saya amalkan produk TM-1 dan TM-2. Amalkanlah pemakanan TM setiap hari. Manfaat untuk badan kita mesti dirasai. Jika berpenyakit, amalkan seberapa banyak setiap hari dan teruskan demi kesihatan kita. Saya sarankan semua supaya jangan melengahkan pemakanan TM dan mulakannya hari ini.


Mazahnah Bt Johan
Alamat : Jalan Tasek Utara, Johor
Masalah : Sakit sendi
Produk : TM-1 & TM-3
Sebelum ini saya menghadapi sakit sendi pada tempurung lutut. Kesakitan perit dirasai apabila menaiki tangga, duduk ama dalam bilik tambahan pula berhawa dingin dan ketika duduk bersembahyang. Pendek kata sukar untuk melakukan sebarang kerja semuanya terganggu. Dan pergerakan pula sering terbatas akibat dari penyakit saya tadi. Setelah sekian lama saya mencari kini saya telah mendapat penawarnya iaitu produk yang dikeluarkan oleh syarikat Revell, Trace Mineral. Saya mula memakan TM ini secara beransur ansur. Selepas memakan TM-1 dan TM-3, kesakitan bertambah dan lutut tidak dapat dibengkokkan kerana tindakbalas TM pada penyakit saya itu. Tetapi, selepas 3 minggu mengamalkan TM-1 & TM-3 saya merasakan sakit pada tempurung lutut dan juga sendi kaki saya mula menampakkan sedikit perubahan. Sedikit demi sedikit kaki saya semakin pulih dan badan bertenaga. Kini TM-1 dan TM-3 adalah satu amalan bagi saya sebagai satu makanan tambahan harian saya. Terima kasih di atas semua bantuan serta dorongan untuk saya menjadi sihat dan sentiasa cergas.


Abu Bakar Aziz
Alamat : Ulu Kinta, Perak
Masalah : Sakit Sendi & Tumit
Produk : TM-1 & TM-3
Kehadiran TM-1 & TM-3 telah membantu menyelesaikan masalah penyakit saya yang sekian lama menghantui diri saya. Masalah sakit lutut dan sakit tumit sudah tiada lagi. Biasanya selepas sembahyang saya susah untuk berdiri kerana duduk terlalu lama. Ketika berjalan juga terasa sakit seperti di cucuk jarum. Saya makan TM-3 disertakan dengan TM-1 (seperti yang disarankan oleh upline saya iaitu Pn Wan Faizah). Selepas saya mengamalkan dalam masa seminggu saya dapati banyak perubahan. Tersaa sakit pada sendi kaki saya semakin beransur pulih. 2 bulan selepas mengamalkannya, saya rasa badan saya semakin pulih sepenuhnya. Saya amat berterima kasih dan syukur dengan adanya produk TM ini dapat membantu menyelesaikan masalah saya. Sehingga kini saya masih mengamalkan produk tersebut.


Nooraida bt Zainal
Alamat : Kuala Pilah
Masalah : Tersalah urat
Produk : TM-1
Produk TM-1 telah membantu masalah lutut saya yang tersalah urat apabila balik dari aktiviti mendaki gunung, iaitu lutut terasa lenguh dan adakalanya tegang. Oleh itu, saya meminum TM-1 sebanyak 30 titis setipa hari bersama-sama dengan air. Cubalah produk kesihatan yang asas ini untuk mendapatkan kesihatan yang baik serta meningkatkan kualiti kesihatan yang sentiasa hebat. Dengan produk ini, alhamdulillah dapat membantu menghilangkan kesakitan serta mengambalikan tenaga yang hilang.


Ahmad Khaieroy Bin Abd Ghani
Alamat : Kuantan, Pahang
Masalah : Patah Tulang
Produk : TM-1, TM-3 & Vit-E Body Lotion
Saya mengalami kemalangan jalan raya yang telah mengakibatkan patah pada tulang jari dan putus urat jari. Semenjak itu jari saya terasa sakit akibat luka pada jari saya. Luka pada jari saya juga nampak parut yang tidak memuaskan. Dengan pengambilan TM-1 & TM-3 lebih kurnag setahun, jari saya telah pulih seperti biasa. Sementara itu, saya menggunakan Vit-E Body Lotion untuk menghilangkan parut tersebut. Sekarang jari saya telah pulih seperti biasa. Terima kasih TM kerana telah menyelesaikan masalah saya. Kini saya selalu menggunakan produk dari keluaran syarikat Revell kerana barangannya berpatutuan dan juga amat berkesan.


Mohd Norafandi Shah Ndam Bin Mahmood (7 tahun)
Alamat : Ulu Langat, Selangor
Masalah : Kudis Buta & Asma
Produk : TM-1
Anak saya mengalami penyakit kudis buta, asma/lelah yang disahkan oleh doktor pakar. Apabila penyakit ini menyerang anak saya tidak kira siang ataupun malam saya terpaksa menghantar anak saya ke klinik untuk mendapatkan bantuan rawatan oksigen. Dengan mengamalkan 10 titis sehari TM-1 diminum dan menyapukan di bahagian kudis buta tersebut (terasa pedih sedikit). Alhamdulillah penyakit tersebut dapat diatasi dengan mengamalkan TM-1.


Adik Naziratun Naimah
Alamat : Taman Desa Cheras, KL
Masalah : Demam Panas
Produk : TM-1
Pada tahun 1994, anak perempuan saya Naziratun Naimah (tengah) telah diserang demam panas yang kuat sehingga menyebabkan sawan dan mengalami lemah daya pemikiran dan tidak pandai bergaul dengan rakan sebayanya. Saya diperkenalkan TM-1 pada Januari 1996. Setelah 2 bulan mengamalkan TM-1 masalah berat badan saya berkurangan dan perubahan besar masalah yang dialami oleh anak perempuan saya semakin pulih seperti sediakala. Sebelum ini kami telah membelanjakan banyak wang untuk rawatan di hospital pakar mahupun tradisional. Sememangnya TM-1 banyak merubah kehidupan kami, terutamanya masa depan anak perempuan kami. Saya yakin dengan TM-1 kerana mencegah itu lebih baik dari merawat.


Jeferi Bin Subari
Alamat : Gelang Patah, Johor
Masalah : Sakit Dada
Produk : TM-1 & TM-4
Pada bulan Mei 2000, saya mula mengalami sakit dada yang amat sangat, ia terjadi semasa sedang tidur, lebih kurang pukul 4 pagi. Lalu saya pun bangun dari tidur untuk menghilangkan kesakitan. Peliknya bila bangun dari tidur sakit dada pun berkurang. Apabila saya ingin kembali tidur, sakit dada itu berulang. Kerana tidak tertahan akan kesakitan, saya meminta nasihat dari sahabat saya. Dia mencadangkan supaya saya membeli dan memakan TM-1 dan TM-4. Oleh itu saya terus mencuba dengan mengamalkan 1 biji TM-4 selepas sarapan pagi, 2 biji TM-4 dan 10 titis TM-1 selepas makan tengahari. Selepas mengamalkan sebulan, sakit saya beransur pulih. Sekarang saya tidak perlu risau tentang tidur saya lagi. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Revell yang membekalkan produk yang amat berkesan sekali.


Wan Aishah Bt Mamat
Alamat :Kuantan, Pahang
Masalah: Batuk
Produk : TM-1, Royal Vita-C dan SOD
Saya selalu batuk dan sakit dada. Sebab itulah kawan saya mensyorkan produk Revell kepada saya iaitu RoyalVitaC, teh SOD dan TM-1. Selepas mengamalkan TM-1 sebanyak 3 titis sehari, masalah batuk berhenti. Sejak Ogos 2000 sehingga kini saya telahpun menjadi salah seorang ahli Revell selepas diperkenalkan oleh kawan saya.


Robiah Bt Salleh
Alamat : Kemaman, Terengganu
Masalah : Bernanah dalam telinga
Produk : TM-1 & TM-2
Pada dua tahun yang lalu telinga saya telah dijangkiti sejenis Fungus. Selepas saya mula mengamalkan produk Revell, iaitu TM-1 dan TM-2 kesakitan dan fungus di telinga saya telah menjadi kurang. Telinga saya tidak lagi bernanah sampai sekarang. Begitu juga dengan penyakit angin yang saya hadapi hampir 10 tahun dulu, perut saya sentiasa kembang dan pedih, tetapi TM-1 dan TM-2 telah memulihkannya. Badan saya sentiasa bertenaga walaupun pada bulan puasa. Oleh itu saya ingin sarankan bahawa sesiapa yang rasa badan letih dan tidak bermaya, amalkanlah TM-1 dan TM-2 untuk memastikan keberkesannya.

No comments:

Post a Comment